Laman Sesawang Terkini Sektor Pengurusan Kebitaraan Kokurikulum

Salam 1Malaysia Salam Sehati Sejiwa,

Sukacita dimaklumkan Sektor Pengurusan Kebitaraan Kokurikulum akan menggunakan laman sesawang terkini ini bagi tujuan komunikasi kepada warga Sekolah Kluster Kecemerlangan. Beberapa makluman penting:


1.  Pengiktirafan SKK Fasa 10

Sukacita dialu-alukan 8 SKK baharu yang diiktiraf melalui Majlis Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 10 pada 15 Mac 2017 di Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Kompleks E, Putrajaya. Majlis disempurnakan oleh YB Menteri Pendidikan Malaysia.

Tahniah dan syabas kepada SKK Fasa 10:

i.     SK Sri Skudai, Johor
ii.    SK Convent, Ipoh, Perak
iii.   SK Bukit Lada, Pahang
iv.   SK Taginambur, Tamparuli, Sabah
v.    SM Sains Hulu Terengganu, Terengganu
vi.   SMK Agama Baling, Kedah
vii.  SMK Agama Yan, Kedah
viii. SMK Agama Al-Mashoor (P), Pulau Pinang


2.  Emel sekolahcemerlang.net

Semua SKK dimohon untuk merujuk kepada emel sekolah di sekolahcemerlang.net untuk mendapatkan emel makluman terkini daripada SKK. Sekiranya SKK menghadapi masalah untuk akses emel berkenaan, mohon hubungi En Muhd Zukhairi atau Cik Norhanida.


3.  Pegawai terkini Sektor Pengurusan SKK

Sektor yang menguruskan SKK terbahagi kepada dua iaitu Sektor Pengurusan Kebitaraan Akademik (SBA) dan Sektor Pengurusan Kebitaraan Kokurikulum (SBK). Senarai pegawai adalah seperti berikut:

a. Sektor Pengurusan Kebitaraan Akademik (SBA)
Laman sesawang: http://myklusterakademik.blogspot.my/
Emel: myklustersba@sekolahcemerlang.net

Ketua Penolong Pengarah: Pn Hjh Faridah binti Mohamed Zain
Ketua Unit: Cik Nor'aini binti Mohammad
Penolong Pengarah Kanan: Cik Siti Aishah binti Othman
Penolong Pengarah:  i. En Muhd Zukhairi bin Ahmad
                                 ii. Cik Ezrin Ashikin binti Zakaria
AKP: En Mohd Ashraf bin Abd Kayim

b. Sektor Pengurusan Kebitaraan Kokurikulum (SBK)
Laman sesawang: https://sbkkluster2017.blogspot.my/
Emel: sbkkluster@gmail.com

Ketua Penolong Pengarah: En Shamsuddin bin Mustapha
Ketua Unit: Pn Nor Aripah binti Ali
Penolong Pengarah Kanan: Tn Hj A Malek Hj Shaari
Penolong Pengarah:  i. En Shah Rafi bin Ihsham Shah
                                 ii. Cik Norhanida binti Samsudin
AKP: Pn Mawar Wani binti Hashim


4.  Format terkini 2017

Pada tahun 2017, SBK telah menggabungkan beberapa borang dalam satu format yang dinamakan Instrumen Kebitaraan SKK 2017. Instrumen ini berfungsi untuk menyatukan maklumat dan pencapaian sekolah seterusnya membantu sekolah memantau KPI kebitaraan.

A. Instrumen ini menggabungkan borang berikut:

1.  Borang Maklumat
2.  Borang Status Audit Kewangan
3.  Borang Laporan Bulanan Kebitaraan Kokurikulum 
4.  Borang Instrumen Penilaian Kebitaraan Kokurikulum
5.  Borang Laporan Pencapaian Kebitaraan Akademik

B. Instrumen ini perlu dihantar setiap suku tahun iaitu 4 kali setahun:

1. Suku Tahun Pertama- aktiviti Januari-Mac (sebelum 10hb April 2017)
2. Suku Tahun Kedua- aktiviti April-Jun (sebelum 10hb Julai 2017)
3. Suku Tahun Ketiga- aktiviti Julai-September (sebelum 10hb Oktober 2017)
4. Suku Tahun Keempat- aktiviti Oktober-Disember (sebelum 10hb Januari 2018)

C. Satu sekolah, satu instrumen sahaja. Bagi sekolah yang mempunyai 2 kebitaraan akademik/2 kebitaraan kokurikulum, sekolah boleh menambah instrumen atau menggunakan instrumen yang sama tetapi menulis dengan jelas di ruang yang disediakan kebitaraan yang berkaitan.

D. Sekolah perlu menggunakan instrumen yang sama sepanjang tahun. Ini bermakna jika pada suku tahun pertama sekolah telah mengisi 5 aktiviti, pada suku tahun kedua, gunakan semula instrumen yang sama dan tambah maklumat untuk aktiviti suku tahun kedua. Begitu juga seterusnya sehingga suku tahun keempat. Ini akan membolehkan markah instrumen dikira secara automatik di akhir tahun tanpa sekolah perlu mengisi semula maklumat dari awal.

E. Bagi gambar aktiviti, sekolah hanya perlu menghantar 3 gambar yang paling menyerlah antara semua aktiviti yang dilaksanakan bersama-sama instrumen suku tahun. Gambar hanya perlu di attach (lampir) bersama-sama emel dan pastikan dinamakan (rename) mengikut programnya. Tiada halangan untuk menghantar lebih gambar.

F. Instrumen ini masih dalam peringkat penambahbaikan dan kami sentiasa mengalu-alukan pandangan dan cadangan.

G.  Sekolah masih perlu menggunakan borang lama bagi laporan lain yang tidak digabungkan dalam instrumen ini.

Sekiranya terdapat kemusykilan berhubung instrumen, mohon berhubung dengan kami melalui emel sbkkluster@gmail.com. Muat turun instrumen di sini.

H. SKK boleh menyemak laman sesawang https://formatskk.blogspot.my/ untuk mendapatkan format dan pembentangan SKK.

Semoga semua warga SKK dirahmati Tuhan dan terus komited dalam menjalankan tugas bagi masa depan bangsa dan negara.


Terima kasih

Comments

Popular Posts