JEMPUTAN FIESTA 123 LOMPAT KALI KE-4 PERINGKAT KEBANGSAAN
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Pengetua,
Sekolah Kluster Kecemerlangan
Tuan,
JEMPUTAN FIESTA 123 LOMPAT KALI KE-4 PERINGKAT KEBANGSAAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa SMK USJ12, Subang Jaya, Selangor di bawah Kebitaraan Matematik dan Kebitaraan Olahraga akan menganjurkan FIESTA 123 LOMPAT KALI KE-4 Peringkat Kebangsaan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 26 Ogos 2017
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : SMK USJ12, Persiaran Setia USJ12, UEP Subang Jaya, Selangor
3. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dan dipertandingkan adalah seperti berikut:
Kebitaraan Matematik :
i) Math Magic National Challenge
ii) Sudoku Challenge
iii) Math Xplorace
iv) Kangaroo Trainers Programme (Guru)
v) Kangaroo Math Camp (Pelajar)
Kebitaraan Olahraga :
i) 123 Lompat : Road Run Relay
ii) Twelveans Warrior
4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah amat berbesar hati menjemput wakil peserta dari sekolah tuan untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan dan dipertandingkan ini. Bersama-sama ini, dilampirkan surat jemputan, borang penyertaan serta maklumat yang berkaitan dengan Fiesta 123 Lompat. Muat turun di sini . Diharapkan pihak tuan dapat memberi maklum balas dengan segera bagi melancarkan pengurusan pihak kami.
5. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan dalam menjayakan fiesta ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Daripada :
PN. NOOR LILAINI BINTI NIK MOHD NAWI
Penyelaras Kluster
SMK USJ12
BEA8635
Fasa5
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Penyelaras Program
Pn. Noor Lilaini Binti Nik Mohd Nawi
Tel : 019-2494246
Pn. Choo Sook Fun (Kebitaraan Matematik)
Tel : 012-6178487
Encik Azwan Bin Sangari (Kebitaraan Olahraga)
Tel : 016-3171366
Email : bea8635@sekolahcemerlang.net
Faks : 03-80235892
Tarikh tutup penyertaan : 11 Ogos 2017
Comments
Post a Comment